Tuesday, October 30, 2012

Pendidikan

 
Kemajuan dalam pendidikan adalah perlahan, tetapi masih mantap. Sekolah-sekolah Inggeris dibina oleh Kerajaan di kebanyakan bandar. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pergerakan Kristian seperti “the Brother’s School��? dan “the Anglo-Chinese School��?. Sebuah kolej perubatan dibuka pada tahun 1910 bagi melahirkan doktor perubatan dan doktor gigi tempatan. Manakala Kolej Raffles yang merupakan institut pengajian tinggi dalam bidang seni dan sains telah dibuka pada tahun 1928. Kedua-dua kolej ini merupakan teras kepada Universiti Malaya yang dibuka pada tahun 1949. 
 
 
Di Negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Melayu bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan didirikan bagi menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk. Kolej Sultan Idris di Tanjung Malim, yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah menghasilkan ramai tenaga guru untuk sekolah-sekolah tersebut. Bagi kaum India pula, semua ladang-ladang estet perlu menyediakan kemudahan sekolah rendah jenis Tamil bagi anak-anak pekerja estet yang berbangsa India.

No comments:

Post a Comment